Saturday, June 27, 2009

Tarian Cina


Tarian singa Cina


Tarian Singa ini merupakan sejenis tarian yang sangat popular di kebanyakan negeri di Malaysia terutama sekali di kawasan yang terdapat banyak kaum cina seperti di negeri Pulau Pinang. Kebanyakan penarinya adalah terdiri daripada golongan muda kerana tarian ini amat memerlukan banyak tenaga dan kekuatan. Para penari biasanya mengenakan uniform tetapi kebiasaanya tidak terdapat uniform tertentu yang harus digunakan untuk tarian singa ini.

Peralatan yang paling penting sekali bagi tarian ini datangnya daripada sebuah singa buatan. Badan singa ini dibuat daripada kain dan panjang kain. Barangan ini adalah bergantung kepada berapa bilangan penari yang mengendalikan tarian ini. Ianya juga dihiaskan dengan kain yang berwarna emas untuk menunjukkan kegemilangan haiwan ini yang dirujukkan sebagai raja segala haiwan.

Para penari biasanya akan cuba untuk menimbulkan suasana persekitaran yang meriah dengan bantuan bunyi yang kaya kesan daripada pukulan "gendang", "canang" dan "simbal". Dengan bunyi yang sedemikian akan menggalakkan penari untuk menjadikan tarian mereka lebih bertenaga dan penuh bersemangat memandangkan singa tersebut akan menari dengan mengikut irama bunyi tersebut.


Tarian bunga cina


Tarian ini adalah merupakan suatu tarian yang dipersembahkan sebagai merayakan keamanan dan kegembiraan di dunia ini. Seperti di mana kebanyakan tarian cina, ianya dipersembahkan oleh kaum wanita cina dengan lenggok yang lemah gemalai yang mewakili keamanan, kasih sayang dan harmoni.

Tarian ini turut menggambarkan perasaan memberi dan mengasihi. Ini terbukti dalam pergerakan simbolik dalam tarian ini di mana bunga diberikan kepada mereka yang gembira. Ianya adalah intipati utama dalam perbuatan yang menggembirakan dan suatu harapan kepada keamanan di seluruh dunia. Terdapat juga unsur memikat dari segi perasaan dan harmoni dalam pergerakan yang terdapat pada tarian ini.

Muzik yang mengiringi tarian ini adalah berirama perlahan, tetapi sangat mengasyikkan.


Penari Tarian Payung


Tarian Payung ini mempunyai sejarah yang amat menarik sekali. Ianya merupakan tarian rakyat yang sangat popular pada Dinasti Han di China.Tarian ini dikatakan berasal daripada sebuah daerah di China yang mana terkenal dengan pembuatan payungnya.

Seperti di China, tarian Payung ini mempunyai tarikan seninya tersendiri. Gaya dan semangat yang dipersembahkan di Malaysia merupakan persembahan yang sebenar di negara China.

Ianya biasanya dipersembahkan di kampung-kampung. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam tarian ini dan penarinya boleh dikenali dengan pemakaian kostum yang dipakai di Dinasti Han.

Muzik iringan bagi persembahan ini biasanya berentak irama bebas yang berterusan.


Tarian Tahun Baru

Sambutan tahun baru adalah merupakan suatu tempoh yang paling penting dalam sesuatu tahun.Ianya adalah merupakan suatu masa yang amat di nantikan di dalam komuniti dan turut menggambarkan suasana yang riang dan gembira dalam tarian ini.

Dalam turutan tarian ini, penari dapat dilihat bersedia dalam menyambut tahun baru dalam cara yang serba gemilang.Tarian ini juga turut memperlihatkan gadis-gadis muda mempersiapkan diri mereka untuk menyambut tahun baru.

No comments:

Post a Comment